Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat berikut yang akan merangkumi capaian anda ke laman web www.drnabisar.com yang dimiliki oleh Cambridge Herbal Sdn Bhd (CHSB)(selepas ini dirujuk sebagai "laman web ini") dan penggunaan perkhidmatan yang terkandung di dalamnya. |
| Tuan/puan adalah terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat berikut sekiranya tuan/puan akses laman web ini dan Perkhidmatan dan sekiranya tuan/puan tidak bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat ini tuan/puan hendaklah menghentikan akses dan Perkhidmatan ini dengan SEGERA. |
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG TERPAKAI TERHADAP AKSES LAMAN WEB INI DAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN |
Akses laman web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut pada setiap masa. |
1. |
DEFINISI |
| |
"Isikandungan"
ertinya semua data, maklumat, bahan dan isi kandungan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mesej teks, nada deringan, logo operator, ikon kumpulan pemanggil, mesej bergambar, penyelamat skrin dan senarai direktori seperti yang dimaklumkan di dalam laman web ini. |
| |
"Perkhidmatan"
ertinya semua perkhidmatan yang ditawarkan atau disediakan kepada anda di talian atau melalui laman web ini. |
| |
"Sistem Pesanan Ringkas"
ertinya Sistem Pesanan Ringkas. |
| |
"Permintaan Muat turun SMS"
ertinya satu permintaan memuat turun sesuatu ‘Item’ ke telefon bimbit melalui Sistem Pesanan Ringkas. |
| |
"Item"
ertinya Isi kandungan tertentu yang diminta untuk dimuat turun mengikut sesuatu permintaan muat turun. |
| |
"Ahli"
ertinya mana-mana orang yang berdaftar dengan kelab Dr Nabisar dan diberikan nombor ahli |
| |
"i-Akaun"
ertinya akaun untuk mana-mana ahli bagi membolehkan mereka mempunyai akses atau mengguna Perkhidmatan internet; |
| |
"Hari Perniagaan"
ertinya hari yang mana Dr Nabisar, Natural dibuka untuk urusniaga; |
| |
"ID Pengguna"
ertinya nama pengenalan antara 8 - 16 aksara abjad angka (alphanumeric character) yang digunakan oleh Ahli untuk akses i-Akaun mereka; |
| |
"Kata Laluan"
ertinya angkubah nombor&perkataan peribadi di antara 8 – 16 aksara yang digunakan bersama id Pengguna untuk mengakses, terutamanya i-Akaun dan juga Perkhidmatan Internet yang lain. |
| |
"Pemegang i-Akaun"
ertinya Ahli atau yang telah mengaktifkan i-Akaunnya; |
| |
"i-Akaun"
ertinya suatu akaun yang boleh dicapai melalui internet untuk Ahli dan Majikan untuk membolehkan mereka mencapai akaun Dr Nabisar masing-masing dan juga untuk menggunakan Perkhidmatan Internet CHSB. |
| |
"Perkhidmatan Internet"
ertinya kemudahan, produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh CHSB dan/atau Vendor Pihak Ketiga melalui internet dari masa ke semasa; |
| |
" Kod Pengaktifan "
ertinya nombor pengenalan peribadi yang dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya bagi tujuan untuk mengaktifkan i-Akaun mereka; |
| |
"Vendor Pihak Ketiga"
ertinya mana-mana pihak yang dilantik oleh CHSB untuk melaksanakan Perkhidmatan internet; |
| |
|
2. |
ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN |
| |
i-Akaun diakses melalui ID Pengguna (tertakluk kepada perihal tersedia) dan Kata Laluan pilihan tuan/puan. Tuan/puan bersetuju tidak akan berkongsi dengan mana-mana orang ID Pengguna dan Kata Laluan tuan/puan. |
| |
Tuan/puan adalah bertanggungjawab terhadap penggunaan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk apa-apa transaksi berhubung dengan i-Akaun oleh tuan/puan atau mana-mana orang sama ada orang tersebut mendapat kebenaran tuan/puan ataupun tidak. |
| |
CHSB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian dan/atau kemudaratan yang tuan/puan alami akibat daripada penggunaan tanpa kebenaran atau penyalahgunaan ID Pengguna atau Kata Laluan. |
| |
|
3. |
PENYEMAKAN AKAUN |
| |
Ada boleh mengguna i-Akaun untuk menyemak baki kredit dan untuk mengetahui amaun akaun tuan/puan. Baki yang ditunjukkan berkemungkinan bukan baki sebenar yang ada di mana baki tersebut adalah sama ada tidak termasuk caruman yang belum dimasukkan ke dalam akaun tuan/puan atau jumlah pengeluaran yang belum didebitkan daripada akaun tuan/puan. |
| |
|
4. |
PERKHIDMATAN i-Akaun |
| |
Perkhidmatan i-Akaun boleh diperolehi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, melainkan semasa tempoh penyenggaraan atau pada masa yang lain atas sebab diluar kawalan CHSBuntuk menyediakan Perkhidmatan tersebut. Pengemaskinian maklumat dan pemprosesan transaksi hanya akan dibuat pada Hari Perniagaan. |
| |
|
5. |
PENAMATAN |
| |
CHSB berhak untuk menamatkan keseluruhan atau sebahagian Perkhidmatan pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab pun serta merta dan tanpa memberi notis kepada tuan/puan sekiranya tuan/puan melanggari mana-mana terma-terma dan syarat-syarat ini atau mengingkari hak CHSB, pengguna lain, mana-mana pihak ketiga atau melakukan tindakan yang melanggar undang-undang |
| |
|
6. |
CAJ/YURAN |
| |
CHSB tidak akan mengenakan apa-apa caj bagi akses tuan/puan ke laman web ini atau untuk penggunaan i-Akaun dan tuan/puan bersetuju dan mengakui bahawa CHSB berhak dan mempunyai budibicara mutlak untuk mengenakan apa-apa caj bagi Perkhidmatan ini atau mana-mana perkhidmatan lain atau sebahagiannya yang akan dikenakan pada bila-bila masa pada masa akan datang dan CHSB akan memberikan notis terlebih dahulu. |
| |
Tuan/puan juga bersetuju bahawa tuan/puan akan terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat
yang ditetapkan oleh Vendor pihak Ketiga dalam melaksanakan Perkhidmatan tersebut. |
| |
|
7. |
MAKLUMAT SULIT |
| |
CHSB tidak akan mengedit atau mendedahkan maklumat sulit melainkan CHSB dikehendaki berbuat demikian selaras dengan peruntukan undang-undang atau peraturan untuk melindungi hak dan harta CHSB, menguatkuasakan mana-mana terma-terma dan syarat-syarat ini dalam memberikan Perkhidmatan kepada tuan/puan atau menjawab apa-apa tuntutan yang mana kandungannya melanggari hak pihak lain. |
| |
|
8. |
HYPER RANGKAIAN |
| |
Hyper rangkaian dari atau ke laman web di luar laman web ini hanya bertujuan untuk kemudahan tuan/puan. Hyper rangkaian laman web tersebut dimiliki dan dilaksanakan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan CHSB. |
| |
CHSB tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan, pihak ketiga yang dinamakan atau produk dan perkhidmatan mereka yang terkandung di dalam laman web tersebut. |
| |
Hyper rangkaian yang diberikan di dalam laman web ini hendaklah tidak dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan hyper rangkaian laman web tersebut atau kandungannya. |
| |
Penggunaan hyper rangkaian ke mana-mana laman web lain adalah atas risiko tuan/puan sendiri dan CHSB tidak akan bertanggunjawab terhadap apa-apa kerugian berhubung dengan penggunaan hyper rangkaian tersebut. |
| |
|
9. |
INDEMNITI |
| |
Tuan/puan dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi sepenuhnya dan tidak melibatkan Pegawai CHSB, terhadap apa-apa tanggung rugi, kerugian, perbelanjaan dan kos (termasuklah kos perundangan dan perbelanjaan yang telah dibayar) yang mungkin dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung berhubung dengan atau akibat daripada pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat ini oleh tuan/puan. |
| |
|
10. |
PENGENEPIAN |
| |
Di dalam keadaan CHSB gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah terma-terma dan syarat-syarat ini atas apa jua sebab, ini tidak akan mengenepikan hak CHSB untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan mana-mana terma-terma dan syarat-syarat ini oleh tuan/puan. |
| |
|
11. |
PENGECUALIAN LIABILITI |
| |
CHSB dan/atau agennya hendaklah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan terhadap tuan/puan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, "strict liability" atau atas dasar-dasar lain termasuk tetapi tidak terhad secara langsung atau tidak langsung keatas apa-apa tanggungrugi atau kehilangan keuntungan atau simpanan yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan Perkhidmatan atau ketidakdapatan untuk akses atau mengguna laman web ini (atau mana-mana hyper rangkaian pihak ketiga kepada atau daripada laman web CHSB), kepercayaan terhadap maklumat yang terkandung di dalam laman web ini, dan di dalam keadaan perkakasan, perisian gagal berfungsi, gangguan, kesilapan, tertinggal, kelewatan di dalam operasi, virus komputer dan sebagainya. Klausa peruntukan pengecualian ini hendaklah berkuatkuasa setakat dibenarkan di bawah undang-undang. |
| |
|
12. |
PENAFIAN |
| |
Isi kandungan dan maklumat di dalam laman web ini disediakan oleh CHSB berdasarkan "sedia ada" dan "seperti tersedia". Rujukan kepada Isi kandungan dan maklumat di dalam laman web ini adalah juga termasuk bahan dan maklumat seperti yang disediakan oleh pihak ketiga. |
| |
CHSB tidak memberikan apa-apa jaminan, representasi, waranti atau pengendorsan termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan ke atas tajuk, perlanggaran hak, boleh niaga , kegunaan ,operasi, kecukupan, ketepatan, kepuasan kualiti, kebolehpercayaan dan kesesuaian untuk sebab tertentu berhubung dengan laman web, bahan-bahan, maklumat dan fungsi . CHSB adalah tidak bertanggungan terhadap kesilapan dan ketiadaan maklumat di dalam bahan-bahan, maklumat dan/atau fungsi tersebut . Tanpa pengurangan item di atas dan/atau terma dan syarat persetujuan yang merangkumi semua produk dan perkhidmatan CHSB, langkah-langkah yang berpatutan telah diambil oleh CHSB untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat CHSB yang berkaitan dengan transaksi dan produk CHSB. |
| |
|
13. |
PINDAAN |
| |
CHSB berhak dan mempunyai budibicara mutlak untuk mengubahsuai (termasuklah mengehad, mengganti atau memotong meminda) laman web ini, Perkhidmatan ini dan kandungan atau bahagiannya dan juga berhak untuk menamatkan atau mengehadkan akses dan atau penggunaanya pada bila-bila masa dan notis bertulis berkenaan pindaan atau ubahsuai tersebut akan dimaklumkan kepada tuan/puan dalam apa jua bentuk dan cara yang ditetapkan oleh CHSB. |
| |
Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tidak muktamad. CHSB mempunyai hak mutlak untuk menambah, membuang atau meminda terma-terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan terlebih dahulu memberikan notis bertulis kepada anda dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh CHSB. |
| |
|
14. |
PINDAAN |
| |
Terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan Undang-Undang Malaysia. |
| |
|
15. |
PENGGUNAAN DATA |
| |
Tuan/puan mengetahui dan membenarkan CHSB mengumpul atau menyimpan apa-apa maklumat peribadi atau apa-apa maklumat tentang tuan/puan untuk digunakan dalam Perkhidmatan ini. |
| |
|
16. |
PENGGUNAAN PERKHIDMATAN SMS |
| |
a. |
Tarif |
| |
Anda akan dikenakan bayaran RM0.20 untuk setiap permintaan muat turun SMS. CHSB berhak mengenakan kadar caj yang berlainan untuk perkhidmatan sedia ada dan perkhidmatan baru berkaitan perkhidmatan SMS tanpa memberi sebarang notis. |
b. |
Perkhidmatan |
| |
Perkhidmatan ini membenarkan anda untuk melihat dan memuat turun item, melalui SMS, kepada telefon bimbit anda yang berkeupayaan dengan kadar caj yang dikenakan oleh CHSB dari masa ke semasa. CHSB berhak mengembangkan perkhidmatan tersebut kepada perkhidmatan lain di bawah naungan ‘Dr Nabisar’. Anda bertanggungjawab ke atas setiap kos yang dicaj kepada anda sekiranya anda, dengan cara tidak sengaja atau sengaja, memadam, mengganti atau menghapus salah satu item atau sebaliknya. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua pelanggan talian 012, 013, 016, 017 dan 019 (prabayar dan talian tetap). Individu yang berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapatkan persetujuan ibubapa/penjaga terlebih dahulu sebelum layak menggunakan perkhidmatan ini. Pengguna juga layak membatalkan subskripsi perkhidmatan CHSB dengan memberi notis pembatalan subskripsi melalui sebarang saluran komunikasi CHSB. Sebaik pesanan ringkas memuat turun maklumat diterima dari anda, sistem SMS CHSB akan menghantar item yang diminta kepada telefon bimbit anda. Sekiranya permohonan muat turun anda tidak lengkap atau salah atau sekiranya CHSB mendapati sebarang sebab yang perlu, CHSB berhak untuk menolak permintaan anda tanpa sebarang notis terlebih dahulu. CHSB adalah berkecuali dari sebarang kegagalan, kerosakan or kelewatan penghantaran Item yang disebabkan oleh perkara berikut:
|
| |
i. |
Telefon bimbit anda tidak menyokong format spesifik seperti: Nokia Smart Messaging Standard (NOK), EMS iMelody (iMelody), Motorola Ringtones SMS (MRS) and Ericsson Melody (eMelody) service (for download of ringtones);
|
ii. |
Telefon bimbit anda tidak menyokong SMS; |
iii. |
Telefon bimbit anda berada di luar kawasan perkhidmatan atau untuk satu sebab lebih, tidak boleh dihubungi; |
iv. |
Sebarang sebab kegagalan yang tidak berkaitan dengan CHSB; |
v. |
Waktu respon yang perlahan di sebabkan kesesakan trafik rangkaian perkhidmatan, atau kegagalan rangkaian perkhidmatan yang disebabkan oleh penyedia perkhidmatan talian. |
|
c. |
Kesesuaian |
| |
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan telefon bimbit dan sebarang peralatan yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan ini dan membayar sendiri semua kos terlibat selama waktu menggunakan perkhidmatan ini. |
|
| |
|
17. |
Untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan SMS ini, telefon bimbit anda perlu berkeupayaan menerima muat turun item. Telefon bimbit anda juga perlu berkeupayaan memainkan format nada dering berkaitan untuk memuat turun nada dering. Cara penghantaran melibatkan kombinasi pihak awam, korporat dan rangkaian telefon swasta, di mana semuanya terletak di luar bidang kuasa CHSB. CHSB tidak menjamin setiap telefon bimbit pengguna akan menghasilkan nada deringan yang serupa seperti yang dipromosikan di laman web. |
| |
|
18. |
PENGHANTARAN MELALUI E-MEL ATAU INTERNET |
| |
Sekuriti mesej e-mel yang dihantar kepada CHSB melalui Internet tidak dapat dijamin sepenuhnya oleh CHSB. CHSB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pengguna berhubung dengan penghantaran mesej melalui Internet antara CHSB dengan mereka ataupun sebaliknya. |
| |
Disebabkan keadaan semulajadi Internet, transaksi mungkin akan tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, penghantaran lewat dan kesilapan penghantaran data. CHSB tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan kemudahan komunikasi di luar kawalannya yang mungkin menyebabkan ketepatan dan masa apa-apa mesej atau transaksi yang disalurkan terganggu. |
| |
|
19. |
GANGGUAN SISTEM KOMPUTER |
| |
CHSB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan maklumat yang disalurkan atau apa-apa virus atau harta yang mencampuri dan merosakkan sistem komputer tuan/puan. Tuan/puan adalah bertanggungjawab secara mutlak untuk memastikan sistem komputer tuan/puan berkeupayaan menerima data dan data sandaran dan/atau peralatan untuk mengimbas virus komputer atau apa-apa harta yang merosakkan. |
| |
CHSB tidak memberikan representasi dan waranti berhubung dengan ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan laman web ini. |
| |
|
20. |
PERATURAN PENGGUNAAN |
| |
Anda seterusnya bersetuju untuk TIDAK menggunakan laman web ini, isi kandungan dan juga perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan kebaikan laman web, isi kandungan dan perkhidmatan dengan menggunakan pihak ketiga, dan ini merangkumi: |
| |
a. |
Pengendalian atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, menjatuhkan maruah, pemberontakan, penyalahgunaan atau kebencian, pemalsuan, perkauman atau yang boleh menganggu sesuatu kaum, memberian tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi sesuatu individu, mengandungi ancaman haram atau emel palsu, menggalakkan perbuatan yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah, membahayakan pihak awam atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mana mungkin menyalahi hak penulisan, hakmilik, atau sebarang hak kekayaan intektual; |
b. |
Penggunaan bahan terpelihara dari rahsia perniagaan tanpa kebenaran;
|
c. |
Menyamar sebagai seorang individu atau entiti termasuk dan tidak terhad kepada, pegawai CHSB atau tuan rumah atau memalsukan keterangan atau menyalahgunakan perhubungan anda dengan individu atau entiti;
|
d. |
Penggunaan data atau akses tanpa kebenaran sah, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem tersebut;
|
e. |
Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran atau perintah yang sah;
|
f. |
Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, ‘Trojan horses’, ‘time bombs’, ‘worms’, ‘cancelbots’ atau sebarang aplikasi seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memotong, mengambil-alih sebarang sistem; atau menggugat servis kepada sebarang pengguna, ‘host’ or rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada ‘mailbombing’, ‘flooding’, ‘broadcast attacks database’ atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas Dr Nabisar; |
g. |
Mempergunakan sebarang pengesahan laluan atau keselamatan pengguna sebarang ‘host’, rangkaian sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk menceroboh atau menggodam); dan |
h. |
Menjual semula atau menyediakan laman web, isikandungannya dan perkhidmatan atau sebahagian darinya kepada individu atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.
|
|
| |
CHSB berhak sepenuhnya memadam atau mengubah laman web ini, Isikandungan dan semua Perkhidmatan terkandung di dalamnya dan mengeluarkan atau tidak menerima sebarang perkara yang menyalahi Tatacara Penggunaan. CHSB berhak menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Tatacara Penggunaan dan CHSB akan berkerjasama sepenuhnya dengan penyiasatan berkenaan jenayah pencerobohan, penyalahgunaan sistem atau rangkaian sistem di bawah penguatkuasaan undang-undang tempatan dan antarabangsa. CHSB juga berhak menamatkan akaun anda dan akses ke laman web ini, isi kandungan dan perkhidmatan sekiranya anda didapati telah menyalah guna atau cuba untuk menyalah gunakan sebarang terma di dalam Tatacara Penggunaan. |
| |
|
21. |
TERMA DAN SYARAT AM |
| |
Tanpa menyentuh dan menjejaskan tafsiran umum fasal dalam terma-terma dan syarat-syarat ini, tuan/puan bersetuju secara nyata bahawa tuan/puan akan menanggung risiko dalam menggunakan Perkhidmatan ini dan akan menerima tanpa syarat semua risiko yang timbul termasuk secara tidak sengaja akibat daripada penggunaan Perkhidmatan ini. |
| |
Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tentang terma-terma dan syarat-syarat ini, apa-apa maklumat yang terdapat dalam mana-mana risalah berkenaan perkhidmatan ini, versi Bahasa Inggeris akan dirujuk. |